Topik diikuti
Pergi ke BHkuKadar pemilikan rumah warga S'pura semakin tinggi: MOF
Tempoh pajakan cukup lama untuk seumur hidup; manfaat pelbagai skim tambah pendapatan persaraan

Oct 23, 2019 | 5:30 AM
Kadar pemilikan rumah warga S'pura semakin tinggi: MOF
KADAR pemilikan rumah adalah tinggi bagi semua kohort rakyat Singapura, dengan kadar itu meningkat daripada 76 peratus bagi mereka yang lahir antara 1940 dengan 1949 kepada sekitar 85 peratus bagi kohort yang lebih muda.
Data dalam Laporan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai hasil sosioekonomi rakyat Singapura itu, yang dikeluarkan semalam, menunjukkan kadar pemilikan rumah ialah 85 peratus bagi mereka yang lahir antara 1950 dengan 1959.