Topic followed successfully
Go to BHkuKadar pesalah bentan kekal rendah sepanjang 3 tahun
Kadar pesalah bentan kekal rendah sepanjang 3 tahun
Kadar pesalah bentan kekal rendah sepanjang 3 tahun
KADAR keseluruhan banduan bentan pada 2020 kekal rendah dan stabil malah mencapai paras terendah 22.1 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu. Ini bermakna lapan daripada 10 banduan yang dibebaskan pada 2018 tidak kembali dipenjarakan, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) semasa membentangkan perangkaan tahunan dalam satu sidang media pada Rabu (3 Feb). Kadar pesalah bentan bagi banduan yang dibebaskan pada 2017 adalah 24 peratus, berbanding 23.7 peratus pada 2016. Sementara itu, bilangan banduan yang menjalani pemulihan dalam masyarakat naik 42 peratus ke 3,426 pada hujung 2020, berbanding 2,415 pada hujung 2019. Kadar banduan yang menyelesaikan Program Berasaskan Masyarakat (CBP) juga kekal tinggi, iaitu 90.1 peratus bagi banduan Pusat Pemulihan Dadah (DRC)dan 95.2 peratus bagi banduan penjara. Secara keseluruhan, bilangan banduan yang dimasukkan ke penjara dan DRC turun pada 2020 berbanding 2019, iaitu 6,219 dari 8,574 bagi penjara dan 1,905 dari 2,080 bagi DRC.

