Topik diikuti
Pergi ke BHkuKajian NUS: Pendedahan awal pada dua bahasa bolehkan bayi cepat faham

May 17, 2016 | 5:30 AM
Kajian NUS: Pendedahan awal pada dua bahasa bolehkan bayi cepat faham
BAYI yang terdedah kepada dua bahasa didapati lebih cepat mempelajari bahasa itu berbanding bayi yang terdedah kepada hanya satu bahasa.
Satu kajian mendapati bahawa bayi tersebut dapat mengesan perubahan nada pada ucapan dalam bahasa Mandarin pada umur satu tahun, dengan menggunakan kaedah yang menjejaki cara mereka menghabiskan masa dengan melihat objek perkataan pada skrin komputer.