SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kakitangan SMRT bawa pelekat, ingatkan penumpang agar tidak berbual di MRT, kurangi risiko Covid-19

Kakitangan SMRT bawa pelekat, ingatkan penumpang agar tidak berbual di MRT, kurangi risiko Covid-19

Mar 30, 2021 | 7:33 PM

Kakitangan SMRT bawa pelekat, ingatkan penumpang agar tidak berbual di MRT, kurangi risiko Covid-19

Foto FACEBOOK SMRT
Foto FACEBOOK SMRT -

KAKITANGAN stesen SMRT akan memegang pelekat "Please Refrain From Talking" (Tolong Elakkan Daripada Berbual) mulai Rabu (31 Mac) di stesen MRT sebagai sebahagian kempen baru mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di pengangkutan awam.

Matlamat kempen ini adalah mengingatkan kepada penumpang agar tidak berbual di telefon atau bersama orang lain apabila menaiki MRT.

Langkah ini diperkenalkan sedang Singapura melonggarkan sekatan Covid-19 bagi membenarkan sehingga 75 peratus kakitangan sesebuah firma yang kini bekerja di rumah kembali ke pejabat bagi sesuatu masa mulai 5 April. Ini berbanding had 50 peratus pekerja yang bertugas di pejabat bagi sesuatu masa kini.

SMRT berkata: "Pengguna mungkin terlupa kadangkala (untuk elakkan daripada berbual) dan kita ingin dengan penuh berhemah mengingatkan mereka agar membantu menjaga keselamatan pengangkutan awam kami menerusi inisiatif ini."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg