Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak 3 tahun luka di muka selepas diserang burung merak peliharaan di Serangoon

Dec 2, 2021 | 5:30 PM
a1828405-cfb1-4723-8974-156980d80ec5
- FACEBOOK KRIS CHAN

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera di muka selepas dia diserang seekor burung merak peliharaan di Serangoon pada Ahad (28 Nov). Kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari taman permainan di Haus Park, di Serangoon Garden, bersama abang dan bapanya apabila dia berhenti di luar sebuah rumah untuk melihat burung merak itu, tulis ibunya dalam satu catatan Facebook pada Rabu (1 Dis). Burung merak itu kemudian dikatakan telah menyerang kanak-kanak itu. Bercakap kepada The Straits Times, bapa kanak-kanak itu, Encik Joo Han, berusia awal 40-an tahun, berkata: "Saya melihat burung merak itu mengambil dua langkah ke depan, seperti mahu menyerang ke arah anak saya, jadi saya terus meluru ke arah anak perempuan saya dan cuba mengangkatnya. "Saya luka di lutut kiri dan siku saya semasa di jalan raya sambil memegang anak saya dan melindunginya, dan memukul burung merak itu dengan lengan kanan saya. Ia menyerang kami beberapa kali."

Pemilik burung merak itu tidak lama kemudian keluar dari rumah dan menarik ekor burung itu, cerita Encik Han. Ibu kanak-kanak perempuan itu, Cik Kris Chan, 44 tahun, menulis di Facebook berkata anaknya perlu diletakkan di bawah anestesia am agar lukanya dapat dijahit. Encik Han berkata anaknya, yang masih mempunyai jahitan di muka, semakin pulih. Lembaga Taman Negara (NParks) berkata pada Rabu bahawa pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg