Seramai 17 penghuni Rumah Kanak-Kanak Pertapis berpeluang berbuka puasa dengan keluarga mereka pada hari kelima Ramadan, pada 16 Mac.
Ini merupakan kali pertama majlis berbuka puasa bersama anggota keluarga itu diadakan.
Seramai 110 hadirin yang terdiri daripada ahli keluarga, kanak-kanak dan kakitangan Pertapis telah menjayakan acara tersebut.
Turut menyertai mereka ialah Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.
Berucap di majlis tersebut, Cik Nadia menarik perhatian peranan penting keluarga dalam memberi sokongan kepada seseorang.
“Penyatuan semula dan integrasi semula keluarga adalah amat penting.
“Kita semua melalui turun naik kehidupan, detik-detik sukar, tapi anda semua melakukan yang sebaik mungkin.
“Saya berdoa agar bulan Ramadan ini membawa berkat dan cahaya ke dalam rumah-rumah anda,” ujarnya.
Majlis berbuka puasa pada 16 Mac itu diadakan di Rumah Kanak-Kanak Pertapis di Kovan Rd.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg