SEBUAH frigat pelbagai misi FREMM Perancis, Lorraine, berada di Singapura sejak 13 Mei lalu.

Sebelum itu, frigat tersebut mengambil bahagian dalam operasi Sagittaire di Sudan dan membawa keluar hampir 400 rakyat dari lebih 50 negara, termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Kapal perang Perancis itu memindahkan penduduk dari Sudan pada 25 April, dan tiba di Arab Saudi pada esoknya.

Pada waktu itu, pertempuran sengit antara angkatan bersenjata Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas di negara itu menyebabkan sekurang-kurangnya 459 orang maut dan lebih 4,000 cedera.

Secara keseluruhan, ia mengerahkan 150 askar Perancis serta aset Tentera Laut dan Tentera Udara untuk memindahkan lebih 900 rakyat, termasuk 200 warga Perancis dan sekitar 700 dari kira-kira 80 negara lain.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti