SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Karya teks seniman SG menanti pelawat 8 taman

Karya teks seniman SG menanti pelawat 8 taman

Apr 7, 2021 | 5:30 AM

Karya teks seniman SG menanti pelawat 8 taman

PUISI DI TAMAN: Seorang wanita menunggang di bawah puisi bertajuk Still Travelling (Masih Menjelajah) oleh Laniakea Culture Collective, yang dicetak pada bahagian bawah sebuah jambatan di penghubung taman Punggol Waterway. - Foto EPA-EFE
PUISI DI TAMAN: Seorang wanita menunggang di bawah puisi bertajuk Still Travelling (Masih Menjelajah) oleh Laniakea Culture Collective, yang dicetak pada bahagian bawah sebuah jambatan di penghubung taman Punggol Waterway. - Foto EPA-EFE -

SEBANYAK 14 karya seni awam berasaskan teks oleh seniman Singapura kini dipamer di bawah satu projek baru yang ditugaskan oleh Amanah Seni Awam (PAT) dan diberi nama 'Rewritten: The World Ahead of Us' (Ditulis semula: Dunia Di Hadapan Kita).

Sebahagian daripada karya seni itu diilhamkan oleh penulis dan karya sastera tempatan, yang merenung pelbagai perubahan yang dialami dalam kehidupan harian sejak penularan Covid-19 di sini.

Karya seni itu dipamer di lapan taman di jejak pantai ke pantai sepanjang 36 kilometer yang menghubungkan Coney Island di utara dan Taman Tasik Jurong di barat.

Taman-taman itu ialah Taman Tasik Jurong, Taman Bishan-Ang Mo Kio, Taman Luxus Hill, Taman Lower Seletar, Taman Linear Ang Mo Kio, Taman Sengkang Riverside, Taman Punggol Waterway, dan Jambatan Lorong Halus.

PAT ialah sebuah inisiatif oleh Majlis Kesenian Nasional (NAC) bagi menjadikan seni sebahagian ruang bandar Singapura dan mendekatkan seni kepada rakyat negara ini. Ini dicapai dengan menugaskan karya seni awam baru di ruang tempat tinggal, bekerja dan bermain.

Karya seni 'Rewritten' menyerupai puisi visual yang muncul di seluruh pulau, menunggu ditemui orang ramai. Dari sekarang hingga Jun, orang awam dapat menikimati pelbagai karya seni berasaskan teks itu, yang mencerminkan harapan dan daya tahan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg