Topik diikuti
Pergi ke BHkuKedai runcit 'tanpa pekerja' dibuka akhir tahun
Aug 17, 2019 | 5:30 AM
Kedai runcit 'tanpa pekerja' dibuka akhir tahun
TIGA kedai runcit 'generasi baru' tanpa pekerja yang menggunakan teknologi canggih akan dibuka di Singapura menjelang hujung tahun ini.
Beroperasi di bawah jenama Octobox, OMO Store dan Pick & Go, kedai itu masing-masing akan dibuka di kampus University Town di Universiti Nasional Singapura (NUS), Sekolah Komputing NUS, serta di kampus Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD).