SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kelompok Covid-19 baru di kedai gunting rambut di Bedok, kelompok MINDSville  naik kepada 30 

Kelompok Covid-19 baru di kedai gunting rambut di Bedok, kelompok MINDSville  naik kepada 30 

Jun 6, 2021 | 7:21 AM

Kelompok Covid-19 baru di kedai gunting rambut di Bedok, kelompok MINDSville  naik kepada 30 

Kelompok Covid-19 di Atatcutz Singapore mempunyai enam orang, dengan empat daripadanya adalah kes baru yang diumumkan pada Sabtu.
Kelompok Covid-19 di Atatcutz Singapore mempunyai enam orang, dengan empat daripadanya adalah kes baru yang diumumkan pada Sabtu. - ATATCUTZ SINGAPORE/FACEBOOK

Satu kelompok Covid-19 baru telah dibentuk di kedai gunting rambut di Bedok, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada malam Sabtu (5 Jun).

Kelompok di Atatcutz Singapore mempunyai enam orang, dengan empat daripadanya adalah kes baru yang diumumkan pada Sabtu.

Antara mereka ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun, yang bekerja sebagai pekerja penghantaran untuk Pizza Hut dan diuji positif pada 4 Jun semasa dalam kuarantin. Beliau juga mengalami batuk.

Seorang lagi ialah seorang wanita warga Singapura berumur 46 tahun yang bekerja sebagai pengurus di Tenaga Kerja Singapura dan telah bekerja dari rumah sejak April tahun ini.

Beliau dikuarantin pada 2 Jun dan mengalami demam pada 3 Jun tetapi tidak melaporkan simptom itu. Beliau dikenakan ujian swab dan hasil ujiannya positif pada 4 Jun.

Dalam kalangan sembilan kes dalam masyarakat lain yang diumumkan semalam termasuk seorang lelaki menganggur yang berkaitan dengan kelompok pekerja penghantaran McDonald's di samping dua penduduk dan seorang pembantu rawatan di MINDSville @ Napiri.

Kelompok MINDSville @ Napiri kini mempunyai 30 kes, tambah MOH.

Semua kes dalam masyarakat semalam adalah berkait. Tidak ada kes yang tidak berkait dilaporkan sejak 5 Mei.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg