Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeluarga manfaat Projek Dian

Keluarga manfaat Projek Dian
BIAR menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan demi mendekati keluarga memerlukan, Projek Dian telah menunjukkan kejayaan dan memberi kesan ketara kepada kehidupan sebilangan keluarga.
Berkata demikian Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman turut memberikan contoh keluarga yang telah memanfaatkan program tersebut.
Antara keluarga yang memanfaatkan Projek Dian ialah Cik Siti (bukan nama sebenar) seorang suri rumah.
Antara bantuan yang dihulurkan ialah dirujukkan kepada Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) dan NTUC untuk meningkatkan peluang pekerjaan supaya dapat menampung keluarganya.
"Anak bongsu Cik Siti, 6 tahun, telah meraih manfaat daripada program Duta Dian menerusi kegiatan yang dijalankan untuk menggalak pembelajaran," kata Dr Maliki semasa berhujah di Parlimen pada Isnin.
Anak Cik Siti kini menunjukkan peningkatan dan minat mempelajari perkara-perkara baru.
Anak perempuan yang berusia 8 tahun juga menghadiri tuisyen mingguan yang diselenggarakan oleh Pejabat Penyelarasan Pelibatan Masyarakat M³ (M³ECO) dan kini lebih tekun dan yakin terhadap tugasan sekolahnya.