Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga pekerja asing China tidak tahu beliau hidapi Covid-19

Jun 10, 2020 | 10:15 AM
Encik Wu Liyou meninggal dunia akibat komplikasi dua minggu setelah dibenarkan pulang dari hospital.
Encik Wu Liyou meninggal dunia akibat komplikasi dua minggu setelah dibenarkan pulang dari hospital. - Keluarga Encik Wu Liyou

SETIAP hari pekerja asing Wu Liyou menghubungi keluarganya di wilayah Feidong di daerah Anhui untuk berbual dengan mereka. Warga China berusia 41 tahun itu telah melakukan sedemikian sejak April lalu. Tetapi keluarganya tidak menerima panggilan video daripadanya Khamis lalu. Sebaliknya, majikan Encik Wu di Singapura yang menghubungi mereka, dan memberitahu yang lelaki itu telah meninggal dunia. Mereka terkejut dan tidak percaya kerana Encik Wu tidak memberitahu mereka yang beliau dijangkiti koronavirus itu, ataupun menunjukkan tanda yang beliau sakit. Encik Wu, yang bekerja di Singapura sejak 10 tahun lalu, merupakan orang termuda di Singapura yang meninggal dunia akibat Covid-19 sejauh ini. Beliau meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan pulang dari hospital, dan mayatnya dibakar semalam. Koroner mengesahkan penyebab kematian sebagai tromboembolisme paru-paru besar (massive pulmonary thromboembolism) menyusuli jangkitan Covid-19. Anak lelakinya, Encik Wu Feixiang, memberitahu The Straits Times melalui panggilan telefon dari China bahawa bapanya kelihatan sihat dalam semua perbualan video mereka, dan tidak pernah menyebut tentang sebarang masalah kesihatan. Beliau berkata bapanya pernah memberitahu yang beliau dipindahkan ke beberapa lokasi, termasuk sebuah kapal pesiaran, bagi tujuan kuarantin. Encik Wu Feixiang berkata keutamaan keluarganya kini adalah untuk memastikan abu bapanya disemadikan di kampung halaman mereka di Anhui. Mereka sedang menunggu abunya dibawa pulang kerana penerbangan tidak kerap, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg