PENUMPANG MRT Laluan Circle mendapati mereka terlewat kira-kira setengah jam antara stesen Paya Lebar dan Dhoby Ghaut/Marina Bay/ pada n Khamis (3 Mac)
Pengendali kereta api SMRT menulis di akaun Twitter pada 11.39 pagi bahawa penumpang boleh menjangka masa perjalanan tambahan 20 minit antara stesen Stadium dan Dhoby Ghaut/Marina Bay.
Makluman itu kemudian dikemas kini, menasihatkan penumpang supaya menjangka kelewatan antara stesen Paya Lebar dan Dhoby Ghaut/Marina Bay.
SMRT kemudian melaporkan melalui Twitter bahawa perkhidmatan kereta api telah disambung semula pada 12.23 tengah hari, tetapi kereta api dan platform sesak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg