Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta polis terlibat dalam nahas semasa kejar kereta suspek dekat bazar Geylang Serai, lelaki ditangkap

Jun 27, 2016 | 3:13 PM
Bahagian depan dan hud kereta polis kemek teruk dan beg udara di tempat duduk pemandu diaktifkan dalam kejadian dekat bazar raya Geylang Serai.
Bahagian depan dan hud kereta polis kemek teruk dan beg udara di tempat duduk pemandu diaktifkan dalam kejadian dekat bazar raya Geylang Serai. - GAMBAR ANGELINE XIE / FACEBOOK

SEORANG lelaki berusia 28 tahun ditangkap berkaitan satu perlanggaran melibatkan kereta ronda Polis Trafik, selepas satu kejadian mengejar yang dikatakan berlaku dekat Bazar Hari Raya Geylang Serai pada Ahad (26 Jun) malam.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata kereta polis itu sedang mengejar sebuah kereta apabila ia merempuh kereta lain di depan sebuah perhentian bas sesak di simpang Geylang Road dan Engku Aman Road pada kira-kira 8.50 malam.

"Saya mendengar bunyi siren dan apabila menoleh, saya melihat kereta polis mengejar sebuah kereta. Beberapa saat kemudian, terdengar satu dentuman kuat dan kereta polis itu melanggar sebuah BMW," katanya kepada akhbar The Straits Times.

Polis mengesahkan dalam jawapan kepada pertanyaan media pada Isnin (27 Jun) penangkapan tersebut dan berkata suspek sedang membantu siasatan.

Difahamkan lelaki yang ditangkap itu pemandu kereta yang sedang dikejar. Dia melarikan diri dengan memandu keretanya selepas perlanggaran tersebut.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang kejadian itu pada kira-kira 8.56 malam dan mengerahkan dua ambulans.

Seorang lelaki berusia 30-an tahun dibawa ke Hospital Besar Changi, kata jurucakap itu.

Gambar yang disiar di Facebook menunjukkan bahagian depan dan hud kereta polis kemek teruk dan beg udara di tempat duduk pemandu diaktifkan.

Kereta BMW itu kelihatan rosak teruk di bahagian belakang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg