SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kerjasama antarabangsa, berbilang negara perlu diteruskan bagi atasi pandemik: PM Lee

Kerjasama antarabangsa, berbilang negara perlu diteruskan bagi atasi pandemik: PM Lee

May 22, 2021 | 5:30 AM

Kerjasama antarabangsa, berbilang negara perlu diteruskan bagi atasi pandemik: PM Lee

8e43cad9-7436-42b0-8d07-888729f551fa
-

MENGATASI pandemik memerlukan usaha global bersepadu, dan sementara setiap negara perlu memperkukuh keupayaan dan sistem penjagaan kesihatan nasional masing-masing, mereka juga perlu meneruskan kerjasama antarabangsa dan berbilang negara yang rapat.

Ini ditekankan Perdana Menteri Lee Hsien Loong apabila beliau menyentuh mengenai komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan semua negara demi memperkukuh daya tahan kolektif terhadap pandemik masa depan.

Dalam ucapannya di Sidang Puncak Kesihatan Global G20 semalam, Encik Lee berkata sistem penjagaan kesihatan awam yang berfungsi dengan baik merupakan bahagian penting respons pandemik semua negara.

Justeru keupayaan seperti ujian, penjejakan kontak dan vaksinasi perlu diperkukuh dan dijalankan dengan baik.

"Melebihi usaha individu, kerjasama antarabangsa dan berbilang negara yang rapat juga penting.

"Gelombang Covid-19 yang berulang-ulang menunjukkan dengan jelas bahawa tiada negara selamat dalam sesuatu pandemik hingga semua yang lain selamat," kata Encik Lee.

Dalam waktu sukar sekalipun, kata Encik Lee, negara bekerjasama untuk memulihkan rantaian bekalan, membawa pulang warga yang terkandas di luar negara, berkongsi bekalan perubatan serta ujian dan menyokong inisiatif seperti Covax supaya semua negara, terutamanya yang kurang maju, mendapat akses kepada vaksin.

Covax ialah kerjasama global yang bertujuan untuk mempercepat pembangunan dan pembuatan vaksin Covid-19, dan untuk menjamin akses adil dan saksama bagi setiap negara di dunia.

"Yang penting, kerjasama saintifik antarabangsa berterusan.

"Doktor dan saintis berkongsi maklumat, mengkaji virus Covid-19, membangunkan rawatan dan menguji vaksin.

"Ini telah membolehkan kita memperbaiki rawatan dan menghasilkan vaksin berkesan dalam masa rekod paling cepat, dengan ada yang menggunakan teknologi baru," tambah beliau.

Menyatakan komitmen Singapura, Encik Lee berkata Republik ini menyokong penuh Perisytiharan Rome mengenai prinsip, yang membentangkan komitmen negara individu untuk melawan Covid-19, bagi memperkukuh seni bina kesihatan global.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Lee menyatakan Singapura menyokong saranan Panel Bebas bagi Kesediaan dan Respons Pandemik agar diperkukuh kuasa dan pendanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), supaya ia boleh terus beroperasi dengan saksama.

Menetapkan pendirian Singapura, Encik Lee berkata:

"Singapura akan juga memainkan peranan kami untuk bekerjasama dengan semua negara demi memperkukuh daya tahan kolektif terhadap pandemik masa depan."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg