Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 baru dalam masyarakat libatkan pelajar sekolah swasta: MOH

Oct 5, 2020 | 11:41 PM
Lagi 22 kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat pada Isnin, menjadikan sejumlah 57,597 telah pulih sejauh ini.
Lagi 22 kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat pada Isnin, menjadikan sejumlah 57,597 telah pulih sejauh ini. - NG SOR LUAN

SATU-SATUNYA kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Isnin (5 Oktober) melibatkan seorang pelajar sekolah swasta berusia 15 tahun.

Warga India itu merupakan kontak kes terdahulu yang merupakan anggota keluarga dan telah menjalani kuarantin sejak Sabtu (3 Oktober), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya lewat Isnin malam.

Dia menunjukkan simptom pada Ahad, diuji dan kemudian dihantar ke hospital apabila disahkan positif pada hari sama. Remaja itu kali terakhir ke sekolah pada Jumaat (2 Oktober) sebelum menunjukkan simptom. Secara keseluruhan, tujuh kes baru disahkan pada Isnin, termasuk lima melibatkan pekerja yang menginap di asrama dan satu kes yang diimport. Lagi 22 kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan sejumlah 57,597 telah pulih sejauh ini. Lagi 42 kes masih dirawat di hospital dan 153 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. Seramai 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg