Topik diikuti
Pergi ke BHkuKesilapan tiga askar punca kematian Aloysius Pang: COI
Tiga askar itu, termasuk komander senjata dan teknisyen tetap, gagal ikut peraturan
May 7, 2019 | 5:30 AM
Kesilapan tiga askar punca kematian Aloysius Pang: COI
KEMATIAN pelakon Aloysius Pang dalam satu latihan tentera awal tahun ini berpunca daripada kesilapan tiga askar, termasuk mendiang Pang sendiri, yang berada dalam sebuah senjata artileri semasa kejadian itu berlaku, menurut satu Jawatankuasa Siasatan (COI) bebas.
Antara kesilapan yang dilakukan seorang komander senjata dan seorang teknisyen tetap, adalah kegagalan untuk mengikuti peraturan yang memerlukan individu berada di kawasan selamat semasa laras meriam bergerak.