Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khaw: Orang ramai wajib pakai pelitup naik pengangkutan awam

Apr 11, 2020 | 6:21 PM
ARAHAN PAKAI PELITUP: Orang ramai akan diwajibkan memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam.
ARAHAN PAKAI PELITUP: Orang ramai akan diwajibkan memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam. - LIANHE ZAOBAO

ORANG ramai akan diwajibkan memakai pelitup apabila menaiki pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dalam catatannya di Facebook petang ini.

Kata Dr Khaw, langkah itu perlu bagi membendung penularan koronavirus apabila orang ramai kembali menaiki bas atau kereta api selepas berakhirnya tempoh 'pemutus litar'.

"Dengan adanya langkah 'pemutus litar' dilaksanakan, bas dan kereta api tidak sesak dan jarak selamat boleh dilakukan untuk pengangkutan awam. Bila orang ramai kembali menaiki bas dan kereta api, peraturan jarak selamat akan mengakibatkan kesesakan di platform dan di luar stesen, dengan ramai beratur panjang. Saya boleh bayangkan pengguna yang tidak sabar, malah marah," kata Encik Khaw.

"Saya fikir satu kompromi yang praktikal adalah dengan pengguna memakai pelitup apabila menggunakan pengangkutan awam. Kita akan mewajibkan penggunaannya bagi pengangkutan awam.

"Ini akan mengurangkan jangkitan dalam pengangkutan awam semasa tempoh 'pemutus litar' berakhir apabila jarak selamat dikompromi," katanya.

Beliau kemudian menambah: "Untuk mempersiapkan langkah ini, kami akan menyuruh pengguna menggunakan pelitup, SEKARANG, apabila menaiki pengangkutan awam."

Encik Khaw berkata, duta pengangkutan akan berada di lapangan untuk mengingatkan pengguna menggunakan pelitup.

Beliau juga mengingatkan mereka yang belum mengambil pelitup guna semula yang diberikan secara percuma untuk mendapatkannya di balai rakyat terdekat esok.

Sebelum ini, Pemerintah menasihatkan bahawa pelitup hanya dipakai apabila seseorang berasa tidak sihat. Bagaimanapun, semasa berucap Jumaat lalu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, berkata mereka akan membiarkan orang memakainya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah meningkatkan keperluan memakai pelitup bagi pekerja dan dan orang yang mengunjungi pasar.

Mulai Isnin ini, semua pekerja yang menjual makanan dan minuman perlu memakai pelitup.

Mulai esok, mereka yang tidak memakai pelitup semasa ke 40 pasar awam juga tidak dibenarkan memasukinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg