Topik diikuti
Pergi ke BHkuKhidmat kesihatan bersekutu, termasuk psikologi, kerja sosial kini khidmat penting

Apr 29, 2020 | 5:30 AM
Khidmat kesihatan bersekutu, termasuk psikologi, kerja sosial kini khidmat penting
DENGAN tempoh pemutus litar dilanjutkan hingga 1 Jun, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengkategorikan semula perkhidmatan kesihatan bersekutu di luar institusi kesihatan awam sebagai perkhidmatan penting, berkuat kuasa mulai hari ini.
Ini termasuk perkhidmatan pemulihan atau terapi, dan perkhidmatan kesihatan bersekutu lain seperti kesihatan makanan, kaunseling, pekerjaan sosial, psikologi dan podiatri, lapor The Straits Times.