Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kios periksa suhu sendiri di 70 pusat pertukaran bas, stesen MRT

Jun 24, 2020 | 4:17 PM
Seorang pengguna berdiri di depan kios periksa suhu di stesen MRT Braddell.
Seorang pengguna berdiri di depan kios periksa suhu di stesen MRT Braddell. - KUA CHEE SIONG

KIOS tanpa sentuhan yang membolehkan pengguna mengambil suhu badan sendiri dalam masa dua saat sedang dilancarkan di pusat pertukaran bas dan stesen MRT yang sibuk. Ia sebahagian daripada inisiatif SG United untuk mendorong orang ramai memantau suhu badan mereka secara berkala, kata Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Rabu (24 Jun). Pengguna hanya perlu berdiri di depan kios itu untuk mengambil suhu badan mereka. Lampu hijau menunjukkan bahawa pengguna tidak demam, sementara lampu jingga akan berkedip jika sistem itu mengesan yang pengguna mungkin demam. MCCY berkata orang yang disyaki demam harus menggunakan termometer lain untuk mengesahkan suhu badan mereka dan segera berjumpa doktor sekiranya mereka demam atau tidak sihat. Mesin-mesin itu telah dikerahkan ke lima lokasi - stesen MRT Braddell, Boon Keng dan Tiong Bahru, serta pusat pertukaran bas Bukit Panjang dan Serangoon - dan akan disediakan di 70 lokasi menjelang suku ketiga tahun ini. Mesin-mesin itu akan berada di situ sehingga setahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg