SINGAPURA sedang meningkatkan keupayaannya untuk memeriksa pekerja asing agar dapat mengenal pasti jangkitan koronavirus antara mereka, kata Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong pada Isnin (27 April)
Beliau mengumumkan, sewaktu sidang media Pasukan Bertindak pelbagai kementerian pada Isnin bahawa seramai 21,000 pekerja telah diuji sejak wabak ini berlangsung, lapor The Straits Times (ST).
"Ini bermakna satu daripada 15 pekerja asing di dormitori telah diuji untuk virus itu," katanya sambil menambah bahawa kadar pemeriksaan terhadap pekerja asing itu tidak dikurangkan.
Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa komen bahawa pihaknya telah mengurangkan jumlah pemeriksaan terhadap pekerja asing dan disebabkan itu, jumlah kes Covid-19 yang disahkan positif semakin berkurangan.
"Biar saya umumkan bahawa kenyataan itu tidak benar," tegas beliau.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg