Topik diikuti
Pergi ke BHkuKongsi usia 55 tahun, sertai sambutan NDP di estet
1 of 2
Aug 10, 2020 | 5:30 AM
Kongsi usia 55 tahun, sertai sambutan NDP di estet
BIARPUN belum dapat rehat setelah semalaman bertugas, Cik Hamidah Mohamed sanggup bersengkang mata demi menyertai ribuan penduduk di Sengkang untuk menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang dibawa ke kawasan kejiranan di sekitar negara ini.
Tambahan pula, ini merupakan satu detik bersejarah yang tidak mahu dilepaskannya, lebih-lebih lagi apabila Cik Hamidah sendiri menyambut ulang tahunnya yang ke-55 bersama Singapura.