Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 40 kes baru di S'pura, langkah jarak selamat lebih ketat diperkenalkan

Mar 20, 2020 | 7:52 PM
Semua acara dan perhimpunan dengan 250 atau lebih peserta perlu digantung sehingga 30 Jun.
Semua acara dan perhimpunan dengan 250 atau lebih peserta perlu digantung sehingga 30 Jun. - AFP

LANGKAH penjarakan selamat yang lebih ketat akan diperkenalkan bagi mengurangkan risiko penyebaran setempat lebih lanjut, kata pihak berkuasa, sedang Singapura melaporkan 40 kes Covid-19 baru pada Jumaat (20 Mac). Menjaga ruang selamat di sekeliling individu amat penting bagi segmen penduduk lebih terdedah kepada risiko, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di satu sidang akhbar. Semua acara dan perhimpunan dengan 250 atau lebih peserta perlu digantung sehingga 30 Jun, sementara penggantungan semua kegiatan sosial untuk warga emas oleh agensi pemerintah akan dilanjutkan dua minggu lagi hingga 7 April. Acara dengan kurang 250 orang dan pengendali ruang yang boleh diakses oleh orang ramai, seperti restoran dan pawagam, juga dikehendaki melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan. Langkah-langkah itu dikenakan bagi semua acara, termasuk perhimpunan agama dan privet. Sementara itu, tiga suku daripada 40 kes baru yang disahkan pada Jumaat adalah kes diimport. Secara keseluruhan Singapura mempunyai 385 kes Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg