Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 21 blok kosong HDB di Bukit Merah dibaik pulih untuk tempatkan pekerja asing

Apr 8, 2020 | 3:21 PM
Pekerja asing yang dijangka berpindah ke flat di Redhill Close itu bekerja dalam bahagian seperti pembersihan dan penyelenggaraan.
Pekerja asing yang dijangka berpindah ke flat di Redhill Close itu bekerja dalam bahagian seperti pembersihan dan penyelenggaraan. - Foto Fail

SEBANYAK 21 blok HDB kosong di Bukit Merah sedang dibaik pulih untuk menempatkan pekerja asing sihat yang bekerja dalam perkhidmatan penting, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND). Pekerja akan mula berpindah ke flat tiga bilik itu secara berperingkat apabila kerja baik pulih selesai dijalankan dalam masa beberapa minggu akan datang. Flat yang telah menjalani Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama itu dikosongkan pada 2018 tetapi belum dirobohkan. Dengan peningkatan bilangan kes Covid-19 melibatkan pekeja asing yang tinggal di asrama dalam beberapa hari kebelakangan ini, sebuah pasukan petugas antara agensi telah ditubuhkan untuk, antara lain, memastikan sebarang gangguan kepada perkhidmatan penting dikurangkan dengan menempatkan pekerja dalam industri ini di tempat tinggal berasingan. Pekerja asing yang dijangka berpindah ke flat di Redhill Close itu bekerja dalam bahagian seperti pembersihan dan penyelenggaraan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg