Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Dana Keberanian kumpul $5.9 juta

Mar 29, 2020 | 5:17 PM
Encik Lee (kanan, baju biru) di satu lawatan ke Kemudahan Kuarantin Pemerintah di Civil Service Club di Loyang pada Ahad (29 Mac).
Encik Lee (kanan, baju biru) di satu lawatan ke Kemudahan Kuarantin Pemerintah di Civil Service Club di Loyang pada Ahad (29 Mac). - LIANHE ZAOBAO

LEBIH $5.9 juta telah dikumpulkan bagi Dana Keberanian untuk menyokong golongan lemah dalam masa sukar penularan Covid-19, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, pada Ahad (29 Mac).

Dana itu, yang ditubuhkan sejak 2003 semasa penularan Sars dan diaktifkan semula baru-baru ini semasa Covid-19, juga telah mula diberikan kepada penerima manfaatnya

"Warga Singapura dari latar belakang berbeza dengan murah hati menyumbang $5.9 juta kepada Dana Keberanian, untuk menyediakan bantuan kepada golongan terjejas oleh Covid-19.

"Kami benar-benar menghargai sifat pemurah anda semua," tulis Encik Lee dalam satu pos di Facebook.

Sumbangan derma itu akan disalurkan kepada Community Chest untuk menyokong pesakit, pekerja penjagaan kesihatan dan barisan depan, serta warga Singapura yang mudah terdedah semasa tempoh wabak ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg