Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: DPM Heng gesa lebih banyak syarikat hulur bantuan atasi Covid-19

Mar 31, 2020 | 10:26 PM
-

LEBIH banyak syarikat di Singapura boleh menghulur bantuan kepada warga dan syarikat lain bagi menangani wabak Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat.

Beliau berkata demikian dalam satu pos di Facebook pada Selasa (31 Mac) di mana beliau turut berkongsi pandangan mengenai pakej bantuan kewangan yang diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada hari yang sama.

"Saya terima baik pakej menyeluruh itu, yang dibentangkan bersama oleh MAS, dengan Persatuan Bank Singapura (ABS), Persatuan Insurans Hayat (LIA), Persatuan Insurans Umum (GIA) dan Persatuan Firma Kewangan Singapura (FHAS) bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) serta individu untuk memenuhi urusan kewangan masing-masing seperti pinjaman dan insurans ketika ini," katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

"Keadaan wabak Covid-19 ini amat menjejas ekonomi kami dan saya berharap agar lebih entiti perniagaan dapat bersatu sejajar dengan perindustrian kewangan dalam mencari penyelesaian," tambah beliau

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg