Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Hampir semua kes jangkitan di kalangan masyarakat menginap di rumah kedai Veerasamy Road

Jun 5, 2020 | 12:16 AM
-

HAMPIR semua, iaitu 13 daripada 15 kes jangkitan antara masyarakat melibatkan individu yang menginap di sebuah rumah kedai di Verasamy Road, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada malam Khamis (4 Jun).

Pada tengahari, MOH telah melaporkan 517 kes jangkitan baru. 15 melibatkan kes jangkitan antara masyarakat; dua Penduduk Tetap (PR), enam pemegang pas kerja dan tujuh pemegang permit kerja.

13 pesakit kes jangkitan antara masyarakat itu, iaitu kesemua pemegang permit kerja, lima pemegang pas kerja dan salah satu daripada dua PR itu, didapati menginap di sebuah rumah kedai di Verasamy Road dan mereka telah tinggal bersama seorang individu yang telahpun disahkan positif sebelum ini.

Seorang lagi pemegang pas kerja pula merupakan seorang teman penduduk di Bendemeer Road yang telah disahkan positif sebelum ini dan sudah pun dikuarantin sejak 30 Mei.

Baki kes PR itu pula merupakan individu yang telah tinggal bersama dengan seorang pesakit yang telahpun dikuarantin sejak 7 Mei.

Jelas MOH, kesemua 15 pesakit itu merupakan kes jangkitan yang tidak menghidap gejala virus (asimptomatik) dan telah menjalani ujian swab untuk mengenal pasti status mereka sewaktu dikuarantin.

Mereka juga menjalani ujian serologikal untuk mengenal pasti sama ada kes mereka merupakan jangkitan semasa atau terdahulu.

Secara keseluruhan, jumlah kes baru antara masyarakat telah meningkat, daripada lima kes sehari dua minggu lalu, kepada enam kes sehari pada minggu lalu.

Sebahagian jumlah besar, iaitu 502 kes jangkitan yang dilaporkan pada Khamis merupakan pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes jangkitan setempat hampir mencecah 37,000 kes iaitu, 36,922 kes jangkitan dan angka korban adalah seramai 24 individu.

Selain itu, MOH turut mengenal pasti empat kelompok jangkitan baru, iaitu di sebuah tapak pembinaan di Kampong Bugis, serta tiga buah dormitori di 212 Tagore Lane, 63 Tuas Avenue 1, dan 109 Ubi Avenue 4.

322 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang, sekaligus menjadikan angka pesakit yang telah pulih kepada 23,904 orang. Seramai 303 pesakit masih di hospital, termasuk lima orang dalam rawatan intensif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg