Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Khabar angin kematian amah asing berita palsu, kata MOH

Feb 29, 2020 | 5:00 PM
MOH sangkal khabar angin bahawa pembantu rumah asing mati akibat koronavirus.
MOH sangkal khabar angin bahawa pembantu rumah asing mati akibat koronavirus. - ST FILE

Satu khabar angin mengenai pekerja domestik asing mati akibat koronavirus telah disangkal.

Dalam kenyataan di laman webnya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia maklum tentang khabar angin yang tersebar di media sosial.

Tetapi ia menambah:

"Ini adalah tidak benar. Wanita itu telah diuji untuk Covid-19 dan didapati negatif."

Sehingga 4 petang semalam, tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Singapura.

Seorang pengguna Twitter telah menulis bahawa kawan pembantu rumahnya, juga seorang pembantu rumah, telah mati ekoran koronavirus.

MOH juga dimaklumkan tentang panggilan telefon diterima oleh orang awam yang meminta mereka ke pejabatnya untuk mengambil dokumen.

"Panggilan ini tidak dibuat oleh MOH...kami tidak memerlukan sesiapa untuk mengambil dokumen dari pejabat MOH jika tiada urusan sedia ada dengan kami," ujar MOH dalam satu makluman di laman webnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg