Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Lebih 500 GP dikerah beri rawatan bersubsidi

Feb 18, 2020 | 12:32 PM
MOH mengerahkan 506 klinik perubatan umum (GP) untuk menawarkan rawatan bersubsidi kepada pesakit yang mempunyai simptom pernafasan. FOTO: LIANHE ZAOBAO
MOH mengerahkan 506 klinik perubatan umum (GP) untuk menawarkan rawatan bersubsidi kepada pesakit yang mempunyai simptom pernafasan. FOTO: LIANHE ZAOBAO -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengerahkan 506 klinik perubatan umum (GP) untuk menawarkan rawatan bersubsidi kepada pesakit yang mempunyai simptom pernafasan.

Ini sebahagian langkah pemerintah membendung wabak koronavirus Covid-19.

Klinik-klinik ini terletak di kesemua estet perumahan awam besar seperti Tampines, Ang Mo Kio, Woodlands dan Jurong.

The Straits Times melaporkan bahawa klinik-klinik itu, termasuk 20 poliklinik, sebelum ini dikerahkan untuk mengawal pandemik H1N1 dan jerebu.

Warga dan penduduk tetap Singapura perlu membayar hanya $10 bagi konsultasi dan rawatan di klinik tersebut, sementara Generasi Perintis dan Merdeka perlu membayar hanya $5.

Senarai klinik yang terlibat boleh didapatkan di phpc.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg