Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: LTA tiadakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi pemilik kereta, motosikal berdaftar di Malaysia

Mar 31, 2020 | 10:34 PM
DITIADAKAN: Yuran VEP akan ditiadakan dan ini merupakan satu langkah yang hanya dilakukan sekali sahaja ditawar kepada semua pemilik kenderaan yang harus tinggal di Singapura dari 18 Mac hingga 14 April. - FOTO: LIANHE ZAOBAO
DITIADAKAN: Yuran VEP akan ditiadakan dan ini merupakan satu langkah yang hanya dilakukan sekali sahaja ditawar kepada semua pemilik kenderaan yang harus tinggal di Singapura dari 18 Mac hingga 14 April. - FOTO: LIANHE ZAOBAO -

SEMUA pemilik kereta dan motosikal yang berdaftar di Malaysia yang terpaksa tinggal di Singapura akibat perintah kawalan pergerakan di Malaysia tidak perlu membayar yuran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada Selasa (31 Mac) bahawa ini merupakan satu langkah yang hanya dilakukan sekali sahaja dan ditawarkan kepada semua pemilik kenderaan dari Malaysia yang berada di sini dari 18 Mac hingga 14 April.

Tambah LTA, bayaran itu ditiadakan selepas ia menerima maklum balas daripada pekerja warga Malaysia di Singapura, majikan mereka serta kesatuan pekerja.

Pemandu layak yang keluar dari Singapura mulai tengah malam pada 15 April tidak akan dikenakan bayaran.

Mereka tidak perlu mendaftar kerana proses ini dilaksanakan secara automatik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg