Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Pasangan China didakwa selepas dikatakan beri maklumat palsu kepada pegawai MOH

Feb 28, 2020 | 4:11 PM
-

SATU pasangan China didakwa di mahkamah pada Jumaat (28 Februari) selepas mereka dikatakan memberi maklumat palsu kepada pegawai Kementerian Kesihatan (MOH), menghalang proses menjejak hubungan dekat bagi wabak koronavirus.

Hu Jun, 38 tahun, dari Wuhan - pusat penyakit Covid-19 - dan isterinya, Shi Sha, 36 tahun, yang tinggal di Singapura, merupakan dua orang pertama yang didakwa di bawah Akta Penyakit Berjangkit berhubung dengan penularan virus kini, lapor The Straits Times.

Pasangan itu akan kembali ke mahkamah pada 20 Mac.

Sesiapa yang didapati bersalah di bawah Akta Penyakit Berjangkit boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $ 10,000 bagi kesalahan pertama. Baca laporan lepas: https://www.beritaharian.sg/setempat/langgar-peraturan-kekang-covid-19-pihak-berkuasa-tidak-teragak-agak-ambil-tindakan-tegas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg