Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Penumpang mula turun dari kapal Costa Fortuna di Marina Bay

Mar 10, 2020 | 1:50 PM
BERLABUH DI SINGAPURA: Kapal persiaran Costa Fortuna berlabuh di Singapura pada Selasa (10 Mac). - Foto BH oleh KELVIN CHNG
BERLABUH DI SINGAPURA: Kapal persiaran Costa Fortuna berlabuh di Singapura pada Selasa (10 Mac). - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

KAPAL persiaran Italy yang dilarang berlabuh di pelabuhan Malaysia dan Thailand telah berlabuh di Singapura.

Kapal Costa Fortuna berlabuh di Pusat Kapal Persiaran Marina Bay pada sekitar 7.35 pagi Selasa (10 Mac), lebih awal daripada waktu yang dijadualkan, iaitu 9 pagi.

Menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), kumpulan pertama penumpang telah turun dari kapal itu pada sekitar 8.40 pagi. Mereka dilihat berada di kawasan kastam sekitar 15 minit kemudian.

Kumpulan pertama itu merangkumi kira-kira 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan kebanyakan mereka berusia pertengahan tahun.

Beberapa penumpang memberitahu ST bahawa mereka berasal dari Jerman, dan mereka akan kemudian dibawa ke Hotel Carlton dan Crowne Plaza Changi Airport.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg