LIMA pemimpin negara dari pelbagai rantau, termasuk Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob telah menggesa masyarakat sedunia agar dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan menyelaraskan satu respons global yang sebaiknya dilaksanakan dengan pantas sebagai satu penawar yang dapat memulihkan wabak Covid-19.
Dalam satu wacana yang ditulis oleh pemimpin-pemimpin tersebut di Financial Times (FT), langkah seperti kajian dan pembangunan, pengeluaran dan pengagihan ubat serta vaksin harus dilaksanakan sedang wabak virus tersebut telah mendedahkan banyak kekurangan yang mendalam yang kini dihadapi negara di serata dunia, lapor The Straits Times (ST).
Wacana FT itu ditulis oleh Presiden Jerman, Encik Frank-Walter Steinmeier, raja Jordan, Raja King Abdullah II, Presiden Halimah, Presiden Ethopia Cik Sahle-Work Zewde dan Presiden Ecuador, Encik Lenin Moreno Garces.
"Negara di serata dunia yang sedang menangani wabak koronavirus telah memutar ke dalam, menutup sempadan dan melaksanakan langkah-langkah eksekutif yang drastik dan ia satu tindakan yang mengakibatkan setiap negara melawani wabak itu secara bersendirian," kata mereka dalam wacana itu yang diterbit di FT.com pada Selasa (31 Mac).
"Namun, kami boleh membendung dan mencegah Covid-19 dengan lebih berkesan sekiranya kami meruntuhkan semua halangan yang mengganggu perkongsian ilmu pengetahuan dan kerjasama antara negara," kata mereka.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg