Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Remaja jamah minuman di pasar raya cadang mengaku bersalah

May 8, 2020 | 12:54 PM
Nigel Pang Yew Ming kini dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 dan dijangka mengakui kesalahannya pada 22 Mei. Gambar ini diambil pada 9 April.
Nigel Pang Yew Ming kini dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 dan dijangka mengakui kesalahannya pada 22 Mei. Gambar ini diambil pada 9 April. - Foto Fail ST

SEORANG remaja berusia 17 tahun, yang dikatakan berkait dengan video seorang budak lelaki menjamah minuman di pasar raya NTUC FairPrice sebelum meletakkannya kembali di rak, merancang mengaku bersalah atas satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam. Nigel Pang Yew Ming memberitahu mahkamah daerah pada Jumaat (8 Mei) yang dia tidak akan mendapatkan peguam. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 dan dijangka mengakui kesalahannya pada 22 Mei. Pang dan seorang remaja lain, Quek Xuan Zhi, juga 17 tahun, pertama kali muncul di mahkamah pada 9 April setelah salah seorang daripada mereka kononnya menjamah minuman di cawangan FairPrice di Bukit Batok West Avenue 7 sekitar jam 7.45 malam pada 6 Februari. Dokumen mahkamah tidak menyatakan siapa sebenarnya yang menjamah minuman tersebut. Identiti orang yang merakam video itu juga tidak didedahkan. Video itu dimuat naik ke Instagram dan kemudian menjadi tular. Ia juga menyebabkan kebimbangan masyarakat di tengah-tengah wabak koronavirus. Quek akan dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg