Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Satu tingkat pejabat di Ngee Ann City dikepung setelah pekerja DBS disahkan hidap virus

Feb 18, 2020 | 11:03 AM
Bangunan Ngee Ann City yang terletak di Orchard Road. FOTO: LIANHE ZAOBAO
Bangunan Ngee Ann City yang terletak di Orchard Road. FOTO: LIANHE ZAOBAO -

SATU tingkat pejabat di Ngee Ann City Tower A telah dikepung dan dibersihkan setelah seorang pekerja DBS yang bekerja di sana disahkan menghidap koronavirus Covid-19.

Beliau merupakan pekerja kedua bank tersebut yang menghidap virus itu dan merupakan kenalan rapat kes pertama, kata DBS.

Dalam satu notis kepada penyewa semalam (17 Februari), pihak pengurusan Ngee Ann City berkata kawasan yang terjejas serta tingkat pejabat itu telah dikepung.

Kawasan umum seperti lif dan tandas juga sedang dibersihkan dengan teliti dan dibasmi kuman, sesuai dengan garis pandu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH).

Minggu lalu, DBS telah menghantar pulang 300 pekerja dari salah satu pejabatnya di aras 43 Tower 3, Pusat Kewangan Marina Bay, setelah seorang daripada mereka disahkan menghidap virus itu, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg