Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: S'pura sahkan enam kes baru, tiga berkait kelompok jangkitan di Safra Jurong

Mar 10, 2020 | 10:01 PM
Kelompok Safra Jurong kekal kelompok jangkitan Covid-19 terbesar setempat, dengan 39 kes. - Foto CHONG JUN LIANG
Kelompok Safra Jurong kekal kelompok jangkitan Covid-19 terbesar setempat, dengan 39 kes. - Foto CHONG JUN LIANG -

LAGI enam kes koronavirus telah dikesan di sini, termasuk tiga kes yang berkait kelompok jangkitan di Safra Jurong, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (10 Mac).

Ini mengekalkan kelompok jangkitan jamuan makan malam di restoran Joy Garden di Safra Jurong sebagai kelompok Covid-19 terbesar di sini, dengan 39 kes.

Daripada baki tiga kes baru pula, dua kes berkait pesakit yang disahkan jangkitan sebelum ini sementara satu lagi kes baru itu, buat masa ini, tiada kaitan yang dijejaki.

Ini bermakna, secara keseluruhan, 166 kes telah dikesan di Singapura.

Sejumlah 93 pesakit telah dibenar pulang, 73 pesakit masih dirawat di hospital, termasuk 12 yang berada dalam keadaan tenat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg