Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: SingPost sangkal klip dakwa pekerja dijangkiti meludah di surat

Mar 28, 2020 | 6:20 PM
Para kakitangan SingPost sedang bekerja di Pusat SingPost di Eunos Road pada 31 Mei, 2019.
Para kakitangan SingPost sedang bekerja di Pusat SingPost di Eunos Road pada 31 Mei, 2019. - KUA CHEE SIONG

SingPost menyangkal klip audio yang tular di WhatsApp mendakwa seorang pekerja pos yang dijangkiti dengan koronavirus telah meludah di surat.

Jurucakap syarikat itu berkata:

"Ini tentunya tidak benar di Singapura. Klip ini sedang tular secara global termasuk Singapura dan berpotensi menimbulkan rasa cemas dan tidak percaya terhadap khidmat pos nasional, yang memainkan peranan penting dalam khidmat penghantaran surat penting dalam sebuah negara."

Beliau menambah semua kakitangan pemprosesan surat memakai sarung tangan, pelitup dan fon telinga semasa syif mereka dan semua pasukan dipantau menerusi kamera litar CCTV di semua lantai operasi bagi memastikan keselamatan dan pematuhan langkah SingPost.

"Bersama dengan semua pertubuhan pos global, kami tekankan tiada bukti bahawa surat dan barangan pos memberi risiko kepada orang awam pada masa ini," tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg