SUBSIDI makanan untuk lebih 47,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan rendah akan diteruskan sepanjang cuti sekolah sebulan yang telah dipercepatkan ke Selasa (5 Mei).
Dalam satu kenyataan bersama pada Ahad (3 Mei), Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan sumbangan padanan dolar untuk inisiatif tersebut.
STSPMF telah mengikrar untuk menyumbang sehingga $2 juta, dengan MOE memadankan setiap dolar yang diagihkan.
MOE telah memberi subsidi makanan sekolah sepanjang tempoh pembelajaran di rumah penuh dari 8 April hingga 4 Mei.
Pelajar akan menerima tokokan School Smartcard dalam dua peringkat, dengan pelajar sekolah rendah dan menengah masing-masing menerima $60 dan $120.
School Smartcard boleh digunakan untuk pembayaran di kedai dan pasar raya tertentu, serta 146 pusat penjaja dan kedai kopi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg