Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Tiada kes baru di Singapura; 2 pesakit dibenarkan pulang

Feb 23, 2020 | 8:41 PM
ebf01276-18c3-4840-aa13-9c249e8ebe61
- Foto AFP

DUA pesakit yang dijangkiti koronavirus di sini telah dibenarkan pulang sementara tiada kes baru dikesan sehingga 12 tengah hari tadi (23 Feb).

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata seramai 51 pesakit telah pulih daripada jangkitan itu sejauh ini dan dibenarkan pulang dari hospital.

Sementara itu, 38 pesakit yang dijangkiti Covid-19 itu masih dirawat di hospital dan mereka berada dalam keadaan stabil atau semakin baik.

Namun, lima daripada mereka masih dirawat di unit jagaan rapi (ICU).

Dalam pada itu, usaha menjejak kenalan rapat bagi pesakit yang disahkan dijangkiti virus tersebut masih dijalankan.

Sehingga 12 tengah hari tadi, MOH telah mengenal pasti 2,812 kenalan rapat yang telah dikenakan perintah kuarantin.

Seramai 908 daripada masih menjalani kuarantin manakala bakinya sudah selesai jalani kuarantin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg