Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Ujian klinikal bagi projek vaksin S'pura mungkin bermula pada Ogos

Apr 16, 2020 | 5:00 PM
CARI PENAWAR: Penolong penyelidik Arcturus Therapeutics, Cik Marion Hong, dilihat sedang membuat kajian bagi satu vaksin di sebuah makmal di San Diego pada Mac 2020. FOTO: REUTERS.
CARI PENAWAR: Penolong penyelidik Arcturus Therapeutics, Cik Marion Hong, dilihat sedang membuat kajian bagi satu vaksin di sebuah makmal di San Diego pada Mac 2020. FOTO: REUTERS. -

TERDAPAT banyak syarikat dan firma perubatan kini sedang berlumba-lumba menghasilkan penawar agar dapat mengekang penularan virus Covid-19, termasuk Singapura.

Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat berasal dari Amerika Syarikat, Arcturus Therapeutics, kini sedang melaksanakan kajian praklinikal bagi satu vaksin yang telah mereka menghasilkan, lapor The Straits Times (ST).

Jika vaksin itu selamat digunakan bagi haiwan dan sekiranya kajian selanjutnya mendapati ia selamat untuk manusia, ujian selanjutnya akan dijalankan bagi orang dewasa yang sihat.

Professor Ooi Eng Eong, timbalan pengarah program penyakit berjangkit baru di sekolah berkenaan berkata, mereka berharap untuk memulakan ujian itu pada Ogos ini.

Singapura akan mempunyai hak terhadap vaksin tersebut sementara syarikat Amerika itu dibolehkan membuat pemasaran di serata dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg