Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus Wuhan: Pemandu teksi, kereta sewa privet dikuarantin terima bayaran sekali sahaja sekurang-kurangnya $100

Feb 1, 2020 | 2:43 PM
Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng (berbaju merah) dalam satu mesyuarat bersama dengan para wakil NPHVA dan NTA.
Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng (berbaju merah) dalam satu mesyuarat bersama dengan para wakil NPHVA dan NTA. - NTUC

Firma pengendali teksi dan kereta sewa privet akan memberi elauns sekali sahaja, sekurang-kurangnya $100 kepada pemandu yang perlu dikuarantin kerana jangkitan koronavirus.

Para anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Teksi Nasional (NTA) akan menerima bantuan tambahan sekali sahaja, sebanyak $200 daripada persatuan itu, menurut kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) hari ini.

Ini selain daripada elauns $100 sehari, yang diberikan oleh pemerintah.

Pemandu Gojek, Grab, Ryde dan rakan kerjasama kenderaan lain yang layak, juga akan menikmati pengecualian sewa jika mereka terjejas oleh kuarantin.

Pengendali teksi ComfortDelGro, SMRT, Premier Taxi serta Trans-Cab sudah mengumumkan sebelum ini bahawa pemandu terjejas tidak perlu membayar sewa.

Pakej jagaan tiga pihak itu telah dihasilkan bersama oleh NPHVA, NTA, Penguasa Pengangkutan Darat, pengendali teksi dan kereta sewa privet bagi menyokong para pemandu yang dikenakan kuarantin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg