“Satu-satunya interaksi secara bersua dengan PM Lee adalah pada 2017, ketika beliau mengunjungi pejabat Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan mengadakan sesi mendekati atlet yang sedang membuat persiapan bagi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau bertanya tentang persiapan kami dan sejauh mana saya bersedia (untuk bertanding). Dengan kehadirannya sahaja, kami benar-benar menghargai masa dan usahanya, walaupun jadualnya padat. Selain itu, dengan berkongsi pencapaian kami (ketika Shakir dan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin menang pingat emas di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016) di media sosialnya, beliau membantu mendedahkan dan mempromosikan sukan kami kepada masyarakat.”
– Shakir Juanda, atlet silat dan bekas juara dunia.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg