Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagi 47 majikan dipantau kerana mungkin amal diskriminasi

Aug 5, 2020 | 9:21 PM
123b7245-c6ea-4f61-b787-c6321771beac
-

SEBANYAK 47 majikan telah diletakkan di bawah senarai pantau Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) selepas didapati mungkin mengamalkan diskriminasi dalam menggajikan pekerja.

Permohonan Pas Pekerjaan (EP) majikan ini akan diberi penelitian rapi oleh pemerintah dan hak pas pekerjaan mereka akan dikurangkan jika didapati bersikap tidak bertimbang rasa atau tidak memberikan kerjasama, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan hari ini (5 Ogos).

Majikan ini terdiri daripada syarikat besar dan kecil - dengan yang terbesar menggajikan hampir 2,000 golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

Daripada bilangan tersebut, 30 majikan merupakan daripada sektor khidmat kewangan dan khidmat profesional, manakala 17 daripada sektor yang pelbagai seperti perkhidmatan pentadbiran dan sokongan serta perkilangan dan pendidikan, tambah MOM.

Sehingga hari ini, lebih 1,200 majikan berada dalam pemantaun MOM di bawah FCF sejak 2016.

Secara keseluruhan, 3,200 permohonan EP telah ditolak atau ditahan MOM, atau ditarik balik oleh majikan sendiri.

Sejak diperkenalkan, majikan di bawah senarai pantau FCF telah menggajikan lebih 4,800 PMET setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg