SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen kapal pesiar digantung

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen kapal pesiar digantung

Jan 23, 2021 | 7:36 PM

Langgar aturan selamat Covid-19: Lesen kapal pesiar digantung

LANGGAR PERATURAN: Dalam satu video yang dikongsi di Facebook menunjukkan sekitar 10 penumpang antara lain dilihat menari dalam sebuah kapal pesiar dekat Pulau Lazarus pada 26 Disember lalu.
LANGGAR PERATURAN: Dalam satu video yang dikongsi di Facebook menunjukkan sekitar 10 penumpang antara lain dilihat menari dalam sebuah kapal pesiar dekat Pulau Lazarus pada 26 Disember lalu. - FACEBOOK/BU HUI YAN

LESEN sebuah kapal pesiar yang ditempah bagi perhimpunan sosial telah digantung Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) atas satu kejadian pada Disember lalu yang melanggar peraturan Covid-19. Kejadian itu termasuk membabitkan perhimpunan seramai lebih daripada lima orang dalam setiap kumpulan, sekali gus melanggar peraturan pengurusan selamat Fasa Dua pembukaan semula ekonomi pada ketika itu. Menerusi satu kenyataan pada Sabtu (23 Jan), MPA berkata lesen kapal tersebut, yang bernama Advant telah digantung selama 30 hari ekoran insiden yang berlaku dekat Pulau Lazarus pada 26 Disember lalu. Siasatan awal MPA mendapati jumlah penumpang kapal itu melebihi had jumlah bagi perhimpunan seramai lima orang setiap kumpulan pada ketika itu. Manakala had jumlah perhimpunan seramai lapan orang ketika Fasa Tiga pembukaan semula ekonomi hanya bermula pada 28 Disember. Berdasarkan siasatan MPA, kapal pesiar berkenaan ditempah bagi perhimpunan sosial dan penumpang didapati telah berinteraksi antara satu sama lain. Gambar dan video insiden itu turut dikongsi dalam laman media sosial pada 26 Disember menunjukkan sekurang-kurangnya 10 individu - lelaki dan wanita - sedang menari tanpa memakai pelitup di kapal itu. MPA menambah tindakan lanjut akan diambil bagi mereka yang melanggar undang-undang negara.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg