SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Langgar peraturan Covid-19: 900 tempat kerja diperiksa, 10 firma didenda bulan ini

Langgar peraturan Covid-19: 900 tempat kerja diperiksa, 10 firma didenda bulan ini

Apr 25, 2021 | 5:30 AM

Langgar peraturan Covid-19: 900 tempat kerja diperiksa, 10 firma didenda bulan ini

ef7eb28c-edc0-4580-8547-8763073c6307
-

HAMPIR 900 tempat kerja telah diperiksa dan 10 syarikat didenda sejak mula bulan ini kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat Covid-19.

Dalam posnya di Facebook semalam, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata apabila kes masyarakat Covid-19 berlaku, ia menjalankan pemeriksaan di beberapa tempat kerja bagi menangani jangkitan.

MOM mendapati beberapa kesalahan dilakukan di tempat kerja yang menyebabkan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat baru-baru ini.

Ini termasuk tidak mempunyai tempat jelas bagi jarak selamat, pegawai pengurusan keselamatan, pemeriksaan suhu badan secara tetap dan pengawalan pekerja serta pelawat.

MOM berkata ia akan mengarahkan tempat kerja itu ditutup kerana gagal memenuhi peraturan, dan terus mempertingkat pemeriksaan bagi memastikan peraturan dipatuhi.

Meskipun beberapa peraturan dilonggarkan sejak 5 April, MOM berkata amat penting majikan memastikan sekitaran kerja selamat.

Antara kelonggaran yang diumum sebelum ini ialah 75 peratus pekerja dibenarkan kembali ke tempat kerja pada satu-satu masa, daripada 50 peratus sebelum itu.

"Bagi melindungi nyawa dan perniagaan, kita perlu terus menangani risiko jangkitan Covid-19 di tempat kerja dengan memastikan semua peraturan dipatuhi. Majikan tidak mengikut peraturan boleh didenda, didakwa atau diarah menutup syarikat bagi kes teruk,'' kata MOM.

Bilangan kes baru dalam masyarakat di sini meningkat daripada empat kes dua minggu lalu kepada 10 kes minggu lalu.

"Bagi melindungi nyawa dan perniagaan, kita perlu terus menangani risiko jangkitan Covid-19 di tempat kerja dengan memastikan semua peraturan dipatuhi." - Kementerian Tenaga Manusia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg