Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah 'pemutus litar': Semua perpustakaan awam ditutup Selasa depan hingga 4 Mei

Apr 4, 2020 | 2:08 PM
DITUTUP SEMENTARA: Semua perpustakaan awam di Singapura akan ditutup mulai Selasa depan hingga 4 Mei.
DITUTUP SEMENTARA: Semua perpustakaan awam di Singapura akan ditutup mulai Selasa depan hingga 4 Mei. - - Foto fail

KESEMUA 25 perpustakaan awam di Singapura akan ditutup mulai Selasa depan (7 April) hingga 4 Mei, sebagai sebahagian langkah pemutus litar mengurangkan jangkitan koronavirus, kata Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Bangunan Arkib Negara Singapura dan Former Ford Factory juga akan ditutup dalam tempoh yang sama, kata NLB dalam satu kenyataan pada Sabtu (4 April).

Semua perkhidmatan di perpustakaan, termasuk pemulangan buku, akan digantung buat sementara waktu.

Tarikh luput pinjaman akan dilanjutkan sehingga tiga minggu selepas kemudahan NLB dibuka semula dan tiada denda lewat akan dikenakan.

Perkhidmatan digital NLB boleh terus diakses di laman web dan aplikasi mudah alihnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg