Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah 'Pemutus Litar' di estet perumahan awam

Apr 15, 2020 | 3:55 PM
KAWASAN LARANGAN: Seorang pembaca Berita Harian, Encik Muhd Fuadi Rahmat, mengongsi beberapa gambar yang dipetiknya menunjukkan keadaan tempat duduk di kolong blok serta taman permainan di estet-estet perumahan dan kedai kopi dalam lingkungannya di mana langkah 'Pemutus Litar' dilaksanakan. - Foto-foto
KAWASAN LARANGAN: Seorang pembaca Berita Harian, Encik Muhd Fuadi Rahmat, mengongsi beberapa gambar yang dipetiknya menunjukkan keadaan tempat duduk di kolong blok serta taman permainan di estet-estet perumahan dan kedai kopi dalam lingkungannya di mana langkah 'Pemutus Litar' dilaksanakan. - Foto-foto - MUHD FUADI RAHMAT

SEJAK pelaksanaan langkah 'Pemutus Litar' berlangsung, orang ramai menyaksikan kesemua kerusi meja dan taman permainan di tempat-tempat awam telah ditutup atau diletakkan pita merentanginya, dengan sebahagian pula diletakkan pelekat menasihat orang ramai untuk duduk di rumah.

Dalam satu catatannya, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berharap rakyat prihatin dan sama-sama memikul tanggungjawab dengan mematuhi arahan pemerintah untuk duduk di rumah, memakai pelitup apabila keluar rumah dan menjaga kebersihan diri.

"Saya harap masyarakat kita akan sedar betapa teruknya jangkitan COVID-19, terutama sekali jika terkena warga emas dan mereka yang berisiko tinggi dan tidak mempunyai daya ketahanan tubuh yang kuat untuk melawan virus ini.

"Kemenangan Singapura mengatasi virus ini bergantung kepada setiap kita. Walaupun agak sukar, kita mesti ambil serius langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19. Duduk rumah dan keluar hanya jika benar-benar perlu. Dengan kerjasama semua, kita akan dapat atasi cabaran ini secepat mungkin," ujarnya di catatan di Facebooknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg