Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemerintah amal sistem telus, tangani kesilapan susuli laporan AGO

Aug 17, 2016 | 5:30 AM
Pemerintah amal sistem telus, tangani kesilapan susuli laporan AGO
PEMERINTAH mempunyai sistem telus dan bertanggungjawab, serta mengambil tindakan menangani kesilapan yang digariskan dalam laporan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO).
Meskipun terdapat beberapa kesilapan, akaun itu didapati boleh dipercayai dan disiapkan mengikut undang-undang, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan), Cik Indranee Rajah, di Parlimen semalam.