Topic followed successfully
Go to BHkuLBKM sambut seruan menteri, akan bentuk saluran baru tingkat kerjasama
LBKM sambut seruan menteri, akan bentuk saluran baru tingkat kerjasama
LBKM sambut seruan menteri, akan bentuk saluran baru tingkat kerjasama

LEMBAGA Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) akan mewujudkan satu saluran baru untuk meningkatkan jangkauan dan perkongsian programnya bersama badan Melayu/Islam lain, termasuk M³, untuk meningkatkan keberkesanan penyelarasan dermasiswa dan pengumpulan sumber. Ini akan menjadi antara beberapa inisiatif baru lain yang bakal dilakukan LBKM menyusuli seruan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sempena Perjumpaan Hari Raya Jumaat lalu (21 Mei). Dalam satu kenyataan Sabtu (22 Mei), LBKM menyatakan saluran baru itu akan menawarkan lebih banyak maklumat mengenai usaha pengagihan LBKM yang akan datang serta memudahkan pencalonan secara langsung bagi penerima dermasiswa dan biasiswa. Tambahan, LBKM akan secara berkala meninjau proses dan programnya untuk memastikan ketangkasan mereka dalam membuat penyesuaian pada langkah berkaitan Covid-19 sedia ada dan sebagai persediaan kepada lebih banyak kerjasama dengan rakan strategik. Dalam ucapannya sempena Perjumpaan Hari Raya itu, Encik Masagos antara lain mengumumkan bahawa badan Melayu/Islam akan menerima suntikan dana bagi projek yang selari dengan bidang tumpuan M³, sedang kerjasama antara mereka terus diluaskan dalam usaha meningkatkan taraf masyarakat. Memberi respons kepada seruan Encik Masagos, Presiden LBKM, Encik Suhaimi Salleh berkata: "Menteri dengan tepat mengingatkan kita bahawa kita pasti dapat melakukan lebih banyak lagi dengan mengumpul dan mengongsi sumber kita. "Di bawah langkah strategik LBKM, kami akan meningkatkan inisiatif kerjasama dan perkongsian sebagai cara untuk mengoptimumkan jangkauan kami melebihi apa yang telah kami capai sendiri ".

