LEBIH 10 juta paket makanan akan diberi kepada pekerja asing yang berada di 43 dormitori dibina khusus (PBD) menjelang akhir minggu ini, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, kelmarin.
Dalam satu catatan Facebooknya, beliau berkata Pasukan Bertindak Silang Agensi telah bertindak sejak "hari pertama" untuk menawarkan makanan bagi semua pekerja yang tinggal di dormitori tersebut yang terjejas oleh wabak Covid-19 ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg